Penyanyi dan juga pelakon sensasi, Bella Astillah dilihat tidak dapat menahan sebak apabila melihat video nyanyian anak sulung, Ayden Adrean.
Maklum Bella, ini kali pertama dia melihat video itu kerana tidak berkesempatan sebelum ini.
Sebaik sahaja melihat video nyanyian Ayden, Bella tidak mampu menahan air mata sebelum meminta tisu daripada rakannya, Niel.
Eee, sebab tu takut tengok akan termenangis. Ni semua mesti idea Didi. Thank you, Ayden. Nangis mummy tau Ayden ni.
So, semua yang belum tengok lagi muzik video ni dah terima kasih juga sebab jumlah tontonan pun dah mencecah 500,000 di YouTube.
Terima kasih untuk sokongan anda semua.
Video tersebut sebelum ini menjadi tular sehingga meraih lebih 500,000 tontonan dan 43,000 tanda suka sejak ia dimuat naik pada Jumaat lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.