Maka menangislah gadis-gadis di luar sana yang bermimpi mahu menjadi kekasih kepada anak sulung Rozita Che Wan, Ammar Effendy. Bagi Abang Nara, Ammar Effendy adalah seorang lelaki yang memiliki segala-galanya. Kereta besar, wajah kacak, badan tough dan bijak pandai orangnya. Kalau Abang Nara seorang perempuan, memang tak akan lepaskan peluang untuk memiliki lelaki sesempurna ini. One in a million kot.
Apabila Ammar Effendy berkongsi gambar dirinya dengan seorang gadis, Abang Nara pasti ramai gadis-gadis di luar sana yang meraung dan mengalirkan air mata. Gambar yang diambil ketika sambutan hari jadi ke 16 si gadis ini menunjukkan betapa mesranya mereka berdua. Mungkinkah Ammar dan gadis yang dikenali dengan nama Diyanah Nadia ini adalah pasangan kekasih? Kalau betul, memang sama cantik dan sama padan. Bak pinang dibelah dua.
Mungkin juga si gadis adalah sekadar ‘teman tapi mesra’ buat Ammar. Kalau begitu, masih ada peluang untuk awek-awek di luar sana mengorat Ammar. Jangan mudah putus asa. Best girl wins. Amboi. Hehehe.
P.S: Tonton video di atas untuk pendapat Abang Nara mengenai tajaan yang diterima Che Ta