Baru-baru ini tular di laman Twitter, satu ciapan daripada seorang pengguna dikenali sebagai Sid Razali yang berkongsi tangkap layar kisah seorang gadis yang telah mendapat perhatian daripada orang ramai.
Menerusi gambar tersebut, gadis itu kecewa apabila ibunya malu kerana dia gagal menempatkan diri di dalam Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
Menurutnya, dia telah berusaha bersungguh-sungguh dengan mengulang kaji pelajaran sendirian pada setiap malam di dalam bilik bagi menjalani peperiksaan memasuki SBP tersebut.
MRSM tak dapat, SBP tak dapat, nak jadi apa la ni? Dulu nak sangat dapat TKC, sekarang satu pun tak ada?
Namun, lebih menyedihkan apabila ibunya langsung tidak mengetahui dan menghargai usaha yang telah dilakukan gadis itu malah malu kerana anaknya tidak layak masuk ke mana-mana tempat pengajian yang diingini.
Parents tak tahu tiap-tiap malam saya belajar sorang-sorang dalam bilik for exam SBP tu. Tak tipu, memang tengah down gila sekarang.
Terjumpa dekat Tiktok.
Parents, please dont be like this!! I can relate the frustration but never to blame your kids in this situation. They are way more sad and frustrated, so please be understanding. pic.twitter.com/VJPdvbu3t5
— Sid Razali ???????? (@sidchan) March 16, 2022
Meninjau di ruangan balas ciapan tersebut, rata-rata orang ramai turut bersimpati dengan nasib gadis tersebut dan menasihati agar ibu bapa di luar sana untuk tidak terus menyalahkan anak mereka.
Hentikanlah mentaliti sebegini. Secara hakikatnya, dia sama macam sekolah harian. SBP & MRSM sebagai batu loncatan saja. – netizen.
“Kesian anak-anak. Jangan terlalu memaksa mereka. Dengar keinginan mereka. Kejayaan tak memilih nama sekolah, tetapi keinginan dan kesungguhan anak-anak,” tulis seorang pengguna Twitter.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.