Anak Bukan Sarkas – Aksi ‘Baby- Standing’ Undang Padah, Laman FB Kesihatan Tegur Hairul Azreen

Hiburan

Anak Bukan Sarkas – Aksi ‘Baby- Standing’ Undang Padah, Laman FB Kesihatan Tegur Hairul Azreen

Siapa yang tidak kenal dengan pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha serta dua orang anak mereka yang comel iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah. Mereka ini sememangnya mempunyai jumlah pengikut yang ramai di Instagram dan sering menjadi perhatian netiezen.

hairul azreen

Advertisement

Namun, tindakan Hairul yang memadam komen angkasawan pertama negara iaitu Dr. Sheikh Muszaphar mengenai keburukan ‘baby standing’ yang dilakukan terhadap Alisa dimana bayi berusia 5 bulan itu berada dalam posisi berdiri dan kakinya digengam, rata-rata netizen menganggap pelakon lelaki itu bersikap tidak profesional dan tidak terbuka menerima teguran demi kebaikan.

 

 

Tindakan Hairul turut mendapat perhatian Public Health Malaysia yang meminta orang ramai ramai supaya tidak mencontohi perbuatan tersebut. Ia hanya mengundang padah kepada bayi.

Anak bukan sarkas

hairul azreen baby standing

Betapa bahayanya aksi mendirikan bayi di atas tapak tangan, boleh menyebabkan kecederaan serius  termasuk risiko jatuh dengan kecederaan di kepala, patah tulang, tekanan pasar lutut bayi dan tulang kaki bengkok.

anak bukan sarkasTidak salah untuk mempunyai minda terbuka dan menerima teguran daripada mereka yang lebih berpengalaman dan berilmu. Kalau demi kebaikan diri dan keluarga apa salahnya kan? Sebab sebagai seorang selebiriti popular, apa yang dilakukan pasti akan menjadi ikutan peminat. Berikan contoh yang baik dan berfaedah kepada masyarakat.

Sumber Berita : Facebook Public Health Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...