Boleh dikatakan soalan berkenaan tentang anak sudah lali diterima oleh pelakon, Izzue Islam serta isterinya sejak menjalani bahtera perkahwinan 9 tahun yang lalu.
Kini umur sudah mencecah 32 tahun, Izzue mendedahkan dirinya sama sekali tidak pernah terasa hati apabila orang bertanya soal anak asalkan tidak berbunyi sindiran.
Semasa ditanyakan soal pengambilan anak angkat, pelakon lelaki tersebut sebelum ini pernah memikirkannya bersama isteri, namun enggan menanggung risiko kerana bimbang tidak mampu lunaskan tanggungjawab akibat jadual waktu yang padat.
View this post on Instagram
Oleh kerana berfikiran seperti itu, pasangan berkenaan terpaksa menangguhkan dahulu hasrat mereka untuk mengambil tindakan terbabit.
Dalam pada masa yang sama, Izzue turut memberitahu keluarganya sama sekali tidak pernah membangkitkan soal anak serta tidak mendesak untuk segera mempunyai cahaya mata.
Kalau orang cakap, anak adalah punca bahagia, kami pula mempunyai pendapat sendiri. Kebahagian itu boleh dicipta, meskipun tanpa kehadiran cahaya mata.
Pelakon drama Rindu Kasih itu juga meluahkan rasa syukur kerana masih bahagia, biarpun hanya hidup berdua bersama isteri.
Sekadar info, Izzue Islam dan isteri, Awin Nurin telah mendirikan rumah tangga sejak tahun 2013 tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata.