Menerusi sebuah hantaran di Instagram, pelakon senior Edika Yusof ada memperlihatkan aksi anak bujangnya yang sedang memasak di dapur.
Dalam video pendek tersebut, anak lelaki Edika, Fardeen Nasrulhaq,17, dilihat sedang menyediakan menu masakan sambal udang petai dengan hanya mengenakan apron dan tidak berbaju.
View this post on Instagram
Kelihatan tampan seperti bapanya, video masakan tersebut ternyata telah mencuri perhatian peminat yang rata-rata meninggalkan komen memuji dan mengusik anak pelakon yang pernah membintangi filem Maria Mariana itu.
“Hari ini giliran anak lelaki saya masak sambal udang petai. Berdengung!” tulis Edika pada bahagian kapsyen hantaran video tersebut.
Menjengah ruangan komen, ramai peminat malah rakan artis turut meninggalkan komen.
View this post on Instagram
“Masakan tak sedap pun jadi sedap sebab anak bujang ‘sado’ yang masak. Baju mana?” tulis pelakon Zila Bakarin.
Sekadar info, Edika kini mula aktif semula dalam bidang lakonan setelah ‘hilang’ dari dunia seni kerana ingin menjaga isterinya, Norhidayah Yusri,43, yang lumpuh sejak 16 tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Nazirul Afiq, Fardeen Nasrulhaq, dan Fereena Nurulhaq.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.