Suami kepada pelakon Izreen Azminda, Ude Wahid meluahkan rasa bengang apabila isterinya itu didakwa sering diganggu individu yang tidak bertanggungjawab di media sosial Instagram.
Ujar Ude, individu-individu tersebut menyerang keluarganya dengan bahasa biadap malah turut menghina cahaya mata yang baru sahaja ditimang mereka, baru-baru ini.

Sehubungan dengan itu, Ude meminta mereka yang masih tidak berpuas hati dengan rumah tangga yang dibinanya bersama Izreen agar berhenti melakukan perkara yang tidak berfaedah itu.
Sudah-sudah la korang ni nak ganggu rumah tangga aku. Apa la yang korang semua tak puas hati sangat? Tak boleh ka tengok aku bahagian dengan kehidupan aku sekarang. Aku tak kacau korang pun kan. Tak ganggu hidup korang pun kan. Tak habish-habis nak ganggu isteri aku yang dalam pantang.
Dia dalam pada itu turut menyelar tindakan segelintir individu yang tergamak memaki hamun dan menghina anak bongsu mereka di Instagram.
Difahamkan Izreen kini dalam tempoh berpantang setelah melahirkan anak kedua mereka iaitu seorang bayi lelaki pada 21 September lalu yang diberi nama Ali Idrees.
Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada Ogos 2017 secara sembunyi sehingga menimbulkan kontroversi di antara bekas isteri Ude, Intan Liana yang tidak mengetahui mengenai perkahwinan mereka itu.
Ude kemudian menceraikan Intan Liana pada 22 Mac 2018. Mereka berdua juga mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Arish Muqri dan Ariq Muqri.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
Sabri Ali @ Nick
October 21, 2021 at 8:21 pm
THIS GARBAGE BITCH AGAIN
Anonymous
October 21, 2021 at 6:18 pm
betul tu boikot je semua rancangan mereka dan profuk review mereka.
anak tu biar tuhan yg atur balasan perbuatan ibubapa mereka
Anonymous
October 21, 2021 at 12:31 pm
bdk2 tu xde dose pn ngn korang ape la yg korang busuk perot sgt… kalu pasal kes mak die tu masalah dorang dan xde kene ngene ngn hidup korang. janji die x kaco laki korang dh la. smp korang nk kait2 ank2 die pahal.. otak tu cuba la guna kit.
Anonymous
October 21, 2021 at 11:04 am
apelah haters ni
kalau ye pun tak suka, tak perlu smpai buang masa pegi DM org dan kutuk2 baby
anggap je derang ni x wujud
mmg tak suka, tp ada byk cara lg
boleh boikot movie, product dan apa2 yg derang endorse
ank2 tak payah laa babitkan