“Anak Bongkok, Kudera Tu” – Guru Tersalah Hantar Mesej, Kutuk Murid OKU, Rupanya Ada Anak Istimewa Juga?

Kehidupan

“Anak Bongkok, Kudera Tu” – Guru Tersalah Hantar Mesej, Kutuk Murid OKU, Rupanya Ada Anak Istimewa Juga?

Tular sebelum ini mengenai kisah seorang guru yang tergamak mengutuk anak muridnya yang menghidap autisme di group WhatsApp cikgu di sebuah sekolah yang terletak di Sabah.

Difahamkan, anaknya yang merupakan anak OKU (Autistik) dikutuk seorang wanita yang dipercayai guru kelasnya bersama guru guru lain.

Advertisement

Yang lebih menyedihkan adalah apabila guru itu rupanya tersilap menghantar mesej di group ibu bapa dan guru yang dikawal selia olehnya dan segera memadam mesej tersebut.

mesej cikgu

Namun, bapa pelajar tersebut sempat menyimpan tangkap layar mesej berkenaan sebelum ia dipadam.

Terbaru, guru tersebut sudah pun memadam akaun media sosialnya dan hasil siasatan netizen, wanita bergelar pendidik itu juga mempunyai seorang anak istimewa.

tiktok

Difahamkan, bapa pelajar teraniaya tersebut sudah membuat laporan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, manakala pihak sekolah juga ada membuat laporan berkenaan isu berkenaan di Balai Polis Tuaran, Sabah setelah kedua-dua pihak tidak mencapai titik penyelesaian.

Isu itu kemudian mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa amarah kepada guru wanita berkenaan yang tidak profesional, terutamanya kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak kekurangan upaya.

Saya penjaga anak autism, menangis saya baca. Mana sifat perikemanusiaan dia, kalau tak nak jadi cikgu sila resign dari terus buat dosa.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Proton perodua gula
4 months ago

Individu Ambil Kesempatan Promosi Kereta Proton Guna Sindiran Isu Enjin Perodua Dimasuki Gula, Tapi Kena Kecam Pula

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...