Video seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun bernama Chenta menangis teresak-esak selepas pulang dari sekolah mencuri perhatian ramai.
Difahamkan sebab kanak-kanak perempuan tersebut menangis susulan dirinya diejek oleh rakan di sekolah mempunyai adik kelainan upaya (OKU).
Dapat dilihat dalam video yang sedang tular itu, Chenta mengadu kawannya menyindir sifat adik lelaki dikenali sebagai Haris yang sedang terlantar sakit akibat menghidap penyakit Rabson-Mendenhall Syndrome (RMS).
Bukan itu saja, ibu Chenta juga memaklumkan bahawa rakan sekolah menyifatkan dia sebagai ‘bodoh’ dan orang susah disebabkan kekurangan yang dimiliki keluarga.
Depa cakap (adik Haris) cacat, OKU, pastu kaki terbelit-belit, kenapa cakap macam tu?”luahnya sambil menangis menyeka air mata mengalir.
Hantaran tersebut telah meraih perhatian, di mana netizen merasakan si ibu perlu berjumpa dengan pihak sekolah bagi menyelesaikan masalah yang berlaku keatas anaknya.
Perkembangan mengenai kes ini, ibu Chenta memberitahu pihak sekolah telah mengambil maklum tentang kejadian yang berlaku serta meminta maaf seandainya isu ini menguriskan hati mana-mana pihak kerana terlalu mengikut perasaan sedih mengenang nasib adik dan keluarga.