Anak Arwah Yang Maut Dirempuh Perodua Myvi Kerap Menangis Dan Mula Cari Di Mana Bapanya

Trending

Anak Arwah Yang Maut Dirempuh Perodua Myvi Kerap Menangis Dan Mula Cari Di Mana Bapanya

Anak sulung Laskar Kanan Mohd. Rizal Buseri iaitu Nur Amani Raudah kini seakan merindui belaian bapanya apabila beliau dilihat acap kali memeluk baju bapanya sebelum tidur selepas Rizal disahkan maut dirempuh pemandu lalok tempoh hari.

Perkara itu dimaklumkan oleh ibu saudara Mohd. Rizal, Nor Farhana Amir, apabila tiga anak mangsa mula mencari bapa mereka sejak malam kelmarin.

Advertisement

“Paling terkesan dengan kehilangan ini ialah anak sulungnya (Nur Amani). Dia kerap menangis dan cakap dia merindui bapanya, semasa tidur pun dia memeluk baju bapanya,”

Dalam kejadian pada pukul 8.30 pagi itu, Rizal yang juga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia meminggal dunia selepas keretanya dilanggar Perodua Myvi di persimpangan lampu isyarat di Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi.

Arwah Rizal meninggalkan seorang isteri, Nurul Asyiken Amir dan tiga cahaya mata berusia lima tahun hingga sembilan bulan.

Dalam pada itu, Nor Farhana memaklumkan, mereka sekeluarga menggesa pihak berkuasa agar menjalankan siasatan terperinci supaya pesalah kes itu dikenakan hukuman se­timpal atas kecuaian sehingga menyebabkan kematian adik iparnya.

Sumber: Kosmo!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...