Baru-baru ini, balu kepada pelawak dah pelakon arwah Abam Bocey, Nor Hidayah memuatnaik sebuah hantaran gambar di akaun Instagramnya memberi ucapan buat ulang tahun kelahiran anak tunggalnya yang kini genap 2 tahun iaitu Syed Uthman Hamzah.
Hidayah atau nama sebenarnya Nor Hidayah Mohd Ali mendoakan anak lelaki satu-satunya itu sentiasa kekal menjadi anak yang soleh dan sentiasa berbakti buatnya.
Selamat Hari Raya anak ibu Syed Uthman Hamzah Bin Syed Umar Mokhtar genap 2 tahun 14/6/2021. Semoga menjadi anak yang soleh berbakti kepada orang tuamu Ibu Ayah sentiasa mendoakanmu nyawaku.
View this post on Instagram
Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut meninggalkan ucapan hari lahir buat anak lelakinya itu dan turut berharap agar Hidayah sentiasa tabah menghadapi ujian hidup.

Sedia maklum, Allahyarham Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari 2020 yang lalu di kediamannya, Gombak atas sebab demam panas.
anonymous
June 15, 2021 at 7:38 pm
Semoga menjadi menantu yang solehah… hormatilah bekas mak mertua… berdosa pisahkan cucu dengan nenek.. buang lah ego..
Jangan Munafik
June 16, 2021 at 9:16 am
semoga doa ini berbalik kepada keluarga mertua juga. BUANG LAH EGO. tunjuk kan tauladan yang baik kepada masyarakat.
Anonymous
June 16, 2021 at 3:24 pm
jangan mengharap menantu sahaja utk berbaik..tetapi keluarga mentua juga harus hormati menantu. tak salah kalau yg tua kurangkan ego dan berasa sentiasa betul.
Permata Indahliana
June 15, 2021 at 4:06 pm
moga Hidayah sentiasa dlm lindungan Allah.. wanita yang tabah dan kuat..
anonymous
June 15, 2021 at 2:17 pm
cantik skin dia flawless licin mcm epal,semuga sukses bisnes
Anonymous
June 15, 2021 at 11:30 am
Makin lawoooo la