Baru-baru ini, balu kepada pelawak dah pelakon arwah Abam Bocey, Nor Hidayah memuatnaik sebuah hantaran gambar di akaun Instagramnya memberi ucapan buat ulang tahun kelahiran anak tunggalnya yang kini genap 2 tahun iaitu Syed Uthman Hamzah.
Hidayah atau nama sebenarnya Nor Hidayah Mohd Ali mendoakan anak lelaki satu-satunya itu sentiasa kekal menjadi anak yang soleh dan sentiasa berbakti buatnya.
Selamat Hari Raya anak ibu Syed Uthman Hamzah Bin Syed Umar Mokhtar genap 2 tahun 14/6/2021. Semoga menjadi anak yang soleh berbakti kepada orang tuamu Ibu Ayah sentiasa mendoakanmu nyawaku.
View this post on Instagram
Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut meninggalkan ucapan hari lahir buat anak lelakinya itu dan turut berharap agar Hidayah sentiasa tabah menghadapi ujian hidup.
![Nor Hidayah Balu Abam](https://cdn.beautifulnara.net/wp-content/uploads/2021/06/15104850/Untitled-design-2021-06-15T104740.615.png)
Sedia maklum, Allahyarham Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari 2020 yang lalu di kediamannya, Gombak atas sebab demam panas.