“Anak-Anak Tak Bodoh” – Wanita Kesal Masak Daging Lembu Tapi Sebenarnya B*bi, Dakwa Bekas Suami Sengaja Buat Aniaya?

Kehidupan

“Anak-Anak Tak Bodoh” – Wanita Kesal Masak Daging Lembu Tapi Sebenarnya B*bi, Dakwa Bekas Suami Sengaja Buat Aniaya?

Tular di media sosial Facebook baru-baru ini apabila seorang wanita mendakwa bekas suaminya telah bertindak menganiaya mereka anak beranak kerana membelikan bahan mentah masakan berupa daging babi.

Wanita yang dikenali sebagai Cekta Hermosa itu menulis panjang lebar di laman Facebook miliknya di mana dia meluahkan rasa bimbang setelah anaknya memasak daging seperti daging lembu namun berasa was-was setelah ia masak.

Advertisement
FacebookSumber : Facebook  

Katanya, dia tidak mahu cepat melatah ataupun mahu menuduh bekas suami, pihak penjual atau mana-mana pihak namun berasa yakin daging tersebut bukanlah daging lembu tetapi daging babi.

Saya tanya beberapa kenalan Cina dan semua jawapan yang diberi mengatakan itu adalah daging babi. Mereka larang kami supaya jangan makan.

Wanita itu juga ada mendapatkan penjelasan daripada bekas suami dan lelaki itu memaklumkan bahawa daging berkenaan dibeli di sebuah pasar basah di Permatang Pauh, Pulau Pinang.

daging babiSumber : Facebook  
FacebookSumber : Facebook  

Malah, bekas suaminya didakwa bertindak memaki dan memarahi anak-anak kerana mengadu mengenai daging itu kepada wanita terbabit.

Anak-anak kata papa mereka maki hamun sebab beritahu mama. Dia kata anak-anak bodoh apabila tuduh dengan mengatakan itu adalah daging babi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pendapat yang kebanyakannya yakin daging berkenaan bukanlah daging lembu seperti yang disangka.

Wanita itu juga menggesa agar pihak KPDN segera menjalankan siasatan di pasar basah berkenaan agar tidak berlaku percampuran antara penjualan daging lembu dan babi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

isteri dapat nafkah tertunggak RM70k
2 years ago

5 Tahun Suami 'Lepas Tangan', Isteri Berjaya Tuntut Nafkah Tertunggak Bernilai RM70K

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...