Anak-anak Sudah Dewasa Tak Puas Hati Ibu Bapa Warga Emas Lahirkan Bayi Di Hujung Usia

Kehidupan

Anak-anak Sudah Dewasa Tak Puas Hati Ibu Bapa Warga Emas Lahirkan Bayi Di Hujung Usia

Memang kelahiran adik biasanya sukar diterima oleh anak-anak dan nampaknya, walaupun mereka sudah dewasa, mereka tetap tidak berpuas hati dengan kelahiran adik mereka.

Seorang wanita 67 tahun bernama Tian, di Bandar Shandong, Zhaozhuang, melahirkan bayi perempuan pada Jumaat lepas di sebuah hospital di mana wanita itu pernah bertugas sebagai doktor sebelum bersara.

Advertisement

Walaupun gembira dengan kelahiran bayi itu bersama suaminya yang berusia 68 tahun, dua orang anak pasangan itu yang telah dewasa tidak segembira ibu bapa mereka.

Mereka tidak mengalu-alukan kelahiran adik perempuan mereka ke dunia, sehinggakan tidak melawat ibu mereka di hospital.

Tian memberitahu pemberita bahawa anak-anaknya, yang kedua-duanya berusia 40-an, malahan pernah mengugut akan memutuskan terus hubungan kekeluargaan mereka sekiranya dia meneruskan kehamilannya.

Apa yang menyebabkan mereka menentang situasi tersebut tidak jelas, tetapi besar kemungkinan mereka bimbang terpaksa mengambil tanggungjawab membesarkan bayi itu apabila ibu bapa mereka meninggal dunia kerana usia tua dan mereka tidak mahu berdepan cabaran sebagai ibu bapa.

Bayi itu dihamilkan secara semula jadi. Menurut suami Tian yang bernama Huang, isterinya sudah pun menopause dan mereka tidak mencuba untuk mendapatkan anak, tetapi ubatan tradisional Cina yang diambil oleh isterinya untuk mengawal tekanan darah nampaknya telah mengembalikan kitaran haid wanita itu.

Huang berkata dia tidak bimbang masa depan bayinya, kerana dia kerap bersenam dan fizikalnya juga cergas.

Bayi itu dilahirkan secara c-section, dengan berat 2.56 kilogram semasa dilahirkan. Tian dan Huang menamakan bayi itu Tianci  bermaksud, ‘anugerah syurga’. Setelah tinggal di hospital sehingga Isnin, ibu dan bayi itu telah kembali ke rumah mereka.

Pada usia 67 tahun, Tian dipercayai wanita yang tertua hamil dan melahirkan anak secara semula jadi. Seorang wanita dari India memegang rekod keseluruhan pada usia 73 tahun setelah hamil hasil penyuburan secara invitro (IVF).

Kelahiran bayi Tian berlaku semasa ramai wanita China yang telah tua cuba untuk hamil setelah hak mengandung dan melahirkan ramai anak dinafikan semasa mereka muda akibat polisi seorang anak.

China kini melaksanakan polisi dua orang anak dan tidak dapat dipastikan sama ada Tian akan berdepan masalah setelah melahirkan anak ketiga. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...