Anak-Anak Sering Pakai Seksi, Kak KM Akui Ada Tegur – “Biasanya Saya Cakap Sambil Bergurau”

Hiburan

Anak-Anak Sering Pakai Seksi, Kak KM Akui Ada Tegur – “Biasanya Saya Cakap Sambil Bergurau”

Usahawan dan juga anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri, Liana Rosli berkata dia tidak mengambil pusing kata-kata kejian daripada netizen meskipun dirinya sering dihentam di media sosial.

Namun begitu, hatinya berasa sedih apabila netizen menyentuh soal anak-anak dan mengecam mereka.

Advertisement

Kata Liana ataupun lebih mesra disapa sebagai Kak KM itu, dia hanya geram namun tidak pula  berniat untuk ‘menghentam’ kembali netizen yang bermulut celupar itu.

Kalau nak bercakap fasal ibunya, saya tak kisah tapi kalau sentuh pasal anak-anak saya jadi sensitif. Tapi setakat geram sajalah, tak akan pula nak pergi ‘bantai’ mereka di media sosial.

Terdahulu, penampilan anak perempuan Liana terutamanya Nabila Razman sering mendapat perhatian warga maya kerana dikatakan sering memakai pakaian menjolok mata.

Ujarnya, dia ada berpesan kepada mereka (anak-anak) untuk menjaga pemakaian agar tidak menjadi bahan kecaman netizen.

Ada juga saya pesan dekat Nabila bila berpakaian ‘cover’ sikit sebab nanti bukan sahaja dia yang kena tetapi saya. Tapi biasanya saya cakap sambil bergurau untuk tidak buat dia terasa hati.

Dalam pada itu, Liana menegaskan bahawa dia tidak bersetuju jika anak-anaknya ingin berkahwin sebelum menamatkan pengajian namun tidak menghalang mereka untuk bercinta.

“Satu saja yang saya selalu pesan, tolong jaga air muka saya. Tolong jaga perangai, cukup saya saja yang kena kecam” tambahnya lagi.

Shuhada minta duit gugurkan kandungan
2 years ago

"Shuhada Minta Duit Untuk Gugurkan Kandungan" - Hafidz Roshdi Buat Laporan Polis, Dakwa Ada Bukti

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar Online

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...