“Anak-Anak Saya Kurang Cantik / Kacak, Adakah Disebabkan Ibunya?”

Trending

“Anak-Anak Saya Kurang Cantik / Kacak, Adakah Disebabkan Ibunya?”

Nama saya Shaii. Nak minta pendapat tetapi janganlah kondem habis, okey. Saya seorang lelaki yang good looking, memang boleh tahan jugalah orangnya. Tetapi isteri saya ini tak cantik.

Advertisement

Kami dikurniakan enam orang anak setakat ini. Tetapi kesemua anak-anak kami tiada yang comel atau cantik/handsome. Bukan saya nak menghina ciptaan Allah, tetapi hati saya terdetik kenapa anak-anak sedikit pun tiada rupa? Mungkin sebab ibunya? Hmmm.

Sehingga saya cemburu melihat rakan-rakan saya yang lain memuat naik gambar-gambar anak mereka yang comel di Facebook. Rasa sangat-sangat bersalah sebab saya dah jadi tak suka pula nak muat naik gambar anak di Facebook.

Apatah lagi nak muat naik gambar isteri sendiri.

Saya cuba menerima kenyataan ini juga tetapi hati manusia ini banyak sangat nak berfikir. Jadi bagi pendapat saya, sebenarnya penting juga berkahwin dengan orang yang ada rupa ini, kan?

Mungkin sebab saya selalu dipuji orang sehingga menjadi riak sebegini. Dan semuanya mesti perfect tetapi Allah tak bagi. Dugaan apakah ini?

Paling sedih bila pergi ke majlis-majlis jemputan, ada rakan-rakan bertanya, “Anak ke, bro? Tak serupa pun?”.

Saya sudah faham dan masak dengan ayat seperti itu. Tetapi bila saya jalan dengan isteri pula, orang tak tanya sebab dah nampak muka isteri, nampak macam anak. Hmmmm!

Isteri saya ini pun satu hal. Sudah tahu diri dia tidak cantik, berabis pula dia nak mencantikkan diri sampai wajahnya dimake up seperti donut bertepung.  Hakikatnya, orang cantik juga yang terbaik, kan?

Sebab tiada effort untuk kelihatan cantik, kan? Jadi, bagaimana nak atasi masalah saya ini?

Reaksi Netizen

“Handsome? Cuba jaga enam orang anak, termasuk isteri dan diri sendiri. Selesaikan semua kerja rumah sendiri. Beri selonggok duit pada isteri untuk bershopping, manjakan diri di Spa, bercuti di sana sini. Kemudian kita tengok siapa yang lebih handsome, siapa yang lebih gorgeous? 

“Bab anak, kau ingat budak comel dia bawa sampai ke tua ke? Cuba kau tengok gambar-gambar artis semasa mereka masih kecil (bukan semua tetapi kebanyakan), rata-rata semuanya comot, memang tak ada selera produser nak tengok.

“Kau sepatutnya bangga dengan anak-anak kau sama ada comel atau sebaliknya sebab mereka inilah yang akan ‘mencerahkan’ kubur kau kelak. Enam orang anak itu boleh doakan kau. Jadi jagalah mereka elok-elok, itulah saham kita,” kata Yeepi Wayne.

“Kalau aku jadi isteri kau, rasa nak kerat kau jadi 16 bahagian. Baru kau kenal erti penyesalan. Amboi, bini tak cantik. Masa kau menyedap, kau nampak isteri kau masa itu seperti Nora Danish ke macam mana? Kau ingat senang ke orang nak beranak sampai enam orang? Kalau diberi pilihan, kau nak ke kena sunat enam kali? Rasanya mau sampai yang keenam itu kau dah jadi mat mereng sebab trauma nak disunat.

“Aku beranak satu pun seram rasa nak beranak lagi. Patutnya kau bersyukur walaupun dia tidak cantik tetapi dia sangat pandai menjaga makan minum pakai kau. Kalau tidak, mesti kau dah selekeh dan tak ada maknanya nak good looking,” kata Azza Mustafa.

Cantik atau tidak seseorang itu bukan terletak pada lentik bulu matanya, mancung hidungnya, bulat matanya dan cerah kulitnya atau apa-apa sahaja, namun kecantikan seseorang adalah pada mata yang memandang.

Di syurga nanti tiada manusia yang tidak cantik, semuanya rupawan yang jelita.  Kecantikannya akan di gandakan oleh Allah.

Sumber : KRT

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...