Tidak lagi menyembunyikan perkara tersebut, ibu kepada penyanyi Shila Amzah, iaitu Fauziah Sarman, mengesahkan bahawa dirinya bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki berstatus duda pada tahun ini.
Menurut laporan Harian Metro, Fauziah berkata jejaka tersebut telah berjaya membuka pintu hatinya untuk kembali bergelar isteri selepas hampir dua tahun hidup sebagai ibu tunggal.
Fauziah turut memuji sikap lelaki berkenaan yang disifatkannya sebagai seorang yang baik dan penyayang.
Kami sudah berkawan selama beberapa bulan dan masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Dia seorang yang baik dan penyayang serta tahu sebahagian suka duka hidup saya.
Sebagai orang dewasa, kita menjalin hubungan yang matang berbeza ketika zaman muda dahulu. Si dia juga mempunyai pekerjaan tetap dan ada ‘bisnes’ sendiri.
Menurut Fauziah lagi, hubungan mereka berjalan lancar dan mendapat restu keluarga kedua-dua pihak termasuk semua anak-anaknya.
Setakat ini, hubungan kami berjalan lancar dan direstui keluarga kedua belah pihak termasuk semua anak-anak saya. Shila juga sudah bertemu dengannya dan beritahu dia turut gembira bila dapat tahu saya sudah temui kebahagiaan dalam hidup sekarang.
Bagaimanapun, mengenai tarikh pernikahan, Fauziah belum bersedia untuk berkongsi secara terperinci dan akan memaklumkannya apabila tiba masa yang sesuai.
Insya-Allah, soal jodoh adalah urusan Allah SWT. Jika semuanya berjalan lancar, kami rancang untuk berkahwin pada tahun ini.
Saya akan kongsi berita baik itu bila sampai masanya nanti. Saya mohon semua doakan yang terbaik.
Sebagai info, Fauziah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi terkenal era 80-an, Datuk ND Lala pada tahun 1989 sebelum sah bercerai pada 2 Ogos 2023. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Shila, Amir Syafiq, Amir Syahir dan Nur Syuhada.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.