Selain bakatnya sebagai jurusolek terkenal, perhatian netizen turut tertumpu kepada gelagat dan wajah anak-anak MUA Bellaz yang semakin membesar.
Menerusi perkongsian terbaharu di TikTok, Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabila Zulyadaini memuat naik video yang menampilkan keempat-empat anaknya. Menariknya, di hujung video tersebut, Bellaz meninggalkan persoalan seakan memberi bayangan bahawa dia dan suaminya mungkin merancang untuk menambah cahaya mata.
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen di ruangan komen. Rata-rata memuji kecomelan anak-anak Bellaz yang dikatakan cantik dan tampan walaupun masih kecil. Tidak kurang juga yang berseloroh meminta pasangan itu menambah bilangan anak.
Untuk rekod, Bellaz mendirikan rumah tangga dengan Anuar Ahmad atau lebih dikenali sebagai Mat Nuart, dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Airis Alisha, Aidil Mikhail, Ean Yusuf dan Aisywara Nealofa.