“Anak-Anak Masih Kecil Untuk Faham..” – Mawar Rashid Lega Isu Cerai Tidak Beri Kesan Buruk Pada Anak

Hiburan

“Anak-Anak Masih Kecil Untuk Faham..” – Mawar Rashid Lega Isu Cerai Tidak Beri Kesan Buruk Pada Anak

Aktres sensasi, Mawar Rashid masih belum bersedia untuk bercakap tentang isu perceraian dirinya bersama bekas suami kepada anak-anak mereka yang masih kecil.

Tiada kesan buruk pada anak

Menurut Mawar, dia rasa bersyukur kerana perpisahan bersama Raf Yaakob ternyata tidak memberi kesan buruk kepada anak-anaknya. Namun, pelakon ini tidak menafkan bahawa dirinya terpaksa memberi alasan ketika anaknya bertanya tentang ayah mereka.

Advertisement

Boleh kira berapa kali sahaja anak tanya. Saya rasa gembira isu cerai ini tidak memberikan kesan yang buruk kepada anak-anak.

 

Adakala kalau anak yang paling kecil tanya mana ayah dia, sebab dia paling manja. Saya akan jawab “daddy is working“.

 

Anak-anak masih lagi kecil untuk memahami isu ini kecuali anak Raf yang besar itu mereka tahu tentang perceraian ini, sebab mereka dah besar. Cuma anak saya sahaja tidak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

Anak-anak dijaga Mawar

Bukan itu sahaja, ketika disoal berkenaan penjagaan anak, Mawar menjawab ketika hari persekolahan, anak-anak akan tinggal bersamanya dan akan bersama Raf ketika hujung minggu. Ibu kepada tiga orang anak ini turut memberitahu bahawa dia dan bekas suami tiada sebarang masalah berkenaan penjagaan anak mereka.

Anak-anak memang duduk dengan saya kalau hari biasa, bila hujung minggu kebanyakkan mereka akan dengan bapa (Raf). Bila hari anak sekolah akan dengan saya.

 

Hubungan dengan bekas suami insyaAllah dalam keadaan baik dan kami berhubung memang mengenai anak-anak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

Sebelum ini, tular di media sosial apabila diketahui Mawar dan Raf memilih untuk berpisah atas dasar tidak lagi persefahaman. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, seorang lelaki dan dua perempuan.

mawar
10 months ago

"Ini Adalah Diri Saya Yang Baru.." - Mawar Rashid Sedia Buka Lembaran Baru, Kesihatan Mental Semakin Pulih

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...