“Anak-Anak Masih Bertanya..”, 17 Hari Pemergian Sarah, Shuib Akui Sudah Reda

Hiburan

“Anak-Anak Masih Bertanya..”, 17 Hari Pemergian Sarah, Shuib Akui Sudah Reda

Pelawak dan juga usahawan, Shuib memaklumkan bahawa dia kini sudah semakin reda namun tetap menanggung kerinduan apatah lagi sehingga ke saat ini, anak-anaknya masih bertanyakan dimanakah keberadaan ibu mereka.

Ibu Shuib
3 years ago

"Ya Allah Minatnya Awak Dan Isteri Pun Cantik.." Ibu Shuib Teruja Dapat 'Video Call' Dengan Remy Ishak

Advertisement

Meskipun sudah lebih dua minggu Allahyarham Siti Sarah pergi dijemput Ilahi, Shuib berkata anak-anaknya masih mencari ibu mereka terutamanya Talita dan Ariq Matin yang kerap bertanya tentang arwah sebelum melelapkan mata.

Ujar Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad,37, dia terpaksa memberitahu perkara sebenar dan jika tidak mampu untuk menjawab, hanya air mata menjadi penawar.

Perkara tersebut dikongsikan Shuib ketika siaran langsung bersama Abu Tali Husin dan pendakwah bebas, Mohamad Yaakub Yusra di Instagram,

Namun begitu, pemilik francais minuman Bubble Bee ini bersyukur kerana memiliki anak sulung, Uwais Alwarni yang sangat memahami situasi sebenar.

Uwais sudah faham situasi sebenar dan dialah jadi penenang kepada adik-adiknya. Matin yang paling kerap bertanya secara mengejut manakala Talita jenis tunjuk emosinya ketika sedih. Allah Maha Besar. Dia ambil bidadari saya dan gantikan dengan anak sulung yang memang mirip seperti arwah ibunya termasuklah perangainya.

Tambahnya, dia tidak boleh untuk tidak mengatakan sedih mengenai pemergian isterinya itu namun berkat doa daripada orang ramai, dia semakin tabah dan dikurniakan kekuatan yang luar biasa untuk mengharungi hari-hari mendatang.

Terdahulu, Shuib ada mengemaskini perkembangan terkini anak bongsunya, Ayash yang lahir pramatang pada 6 Ogos lalu di mana si kecil itu sudah dikeluarkan daripada inkubator serta telah diberi susu daripada ibu susuan merangkap sepupunya sendiri.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...