Terdahulu, gelagat anak bongsu kepada pasangan selebriti terkenal, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha telah mendapat perhatian netizen apabila Alisa Aisyah bijak menyebut beberapa patah perkataan dan faham dengan kaata-kata ibunya.
Hairul walau bagaimanapun menjelaskan dia tidak mempunyai sebarang formula spesifik dalam mendidik kedua-dua anaknya iaitu Yusuf Iskandar,4, dan Alisa yang kini berumur 1 tahun 6 bulan.
Sebaliknya, pelakon yang sinonim dengan aksi dan lagak ngeri ini bersama isteri hanya berjanji untuk memberi yang terbaik buat kedua permata hatinya itu.
Hairul yang ditemui media berkata, dia dan Hanis tidak lah terlalu arif mengenai soal keibu-bapaan namun percaya bahawa setiap anak ada cara membesar yang tersendiri.
“Saya tidaklah terlalu arif mengenai soal keibubapaan, cuma setahu sayalah, setiap anak ada cara pembesaran masing-masing. Malah saya juga punyai ramai anak buah, Daripada situ, ada di antara mereka yang boleh bercakap, bertatih pada usia yang awal dan begitu juga sebaliknya. Akan tetapi saya percaya, sokongan ibu bapa juga penting dalam perkembangan anak-anak. Setiap ibu bapa pasti ada cara masing-masing dan mahukan yang terbaik untuk anak mereka,”
Dalam pada itu, Hairul turut menekankan bahawa sokongan antara suami isteri amatlah penting dalam membesarkan anak-anak.
Pelakon filem Paskal ini juga tampil menjawab kritikan netizen yang mempersoalkan penggunaan bahasa Inggeris yang kerap dalam kalangan ahli keluarganya. Menurut Hairul, itu semua adalah berdasarkan pengalamannya sendiri.
View this post on InstagramSusah betul nak dapat gambar macam ni tapi atas kerjasama ramai pihak, berhasil ?
Dia yang berseloroh berkata bahawa menyesal kerana tidak ‘serius’ mempelajari bahasa asing itu suatu ketika dahulu kini turut mengikuti kelas khas dalam usaha memahirkan diri dalam bahasa kedua itu memandangkan impiannya untuk melebarkan sayap lakonan ke Hollywood.
Sumber : Media Hiburan