“Anak-Anak Kita Bukan Tikus Makmal, Kejap Ada Peperiksaan, Kejap Tidak” – UPSR & PT3 Kekal Mansuh

Berita

“Anak-Anak Kita Bukan Tikus Makmal, Kejap Ada Peperiksaan, Kejap Tidak” – UPSR & PT3 Kekal Mansuh

Melalui laporan Utusan, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengekalkan keputusan mansuh peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).

‘Anak-anak bukan tikus makmal’

Katanya, cadangan untuk mengembalikan kedua-dua peperiksaan itu memerlukan pandangan menyeluruh dan tidak boleh dilihat berdasakan satu aspek sahaja.

Advertisement

menteri pendidikan

Ini kerana anak-anak kita bukan tikus makmal yang kita nak ulang kaji mereka, sekejap ada peperiksaan sekejap tidak ada.

Kekal mansuhkan UPSR & PT3

Fadhlina berkata sedemikian selepas terdapat beberapa pihak termasuk bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan supaya UPSR dan PT3 dikembalikan semula.

ujian upsr dan pt3

Tambahannya lagi, cadangan tersebut akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri untuk dibincangkan.

Fadhlina berkata pihak kementerian telah membuat pelbagai penegasan semula khusus untuk meneguhkan pentaksiran bilik darjah (PBD) termasuk latihan kepada guru-guru sebagai langkah bagi memastikan tiada masalah yang akan menjejaskan kemajuan anak-anak khususnya berkaitan falsafah pendidikan kebangsaan.

upsr dan pt3 patut dikembalikan
3 months ago

"Persaingan & Kesungguhan Murid Berkurangan" - Bekas Menteri Pendidikan Mahu UPSR & PT3 Dikembalikan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...