Nama pelakon dan pelawak popular, Enot, kembali menjadi perbualan hangat netizen selepas tular dakwaan kononnya dia menjalinkan hubungan songsang bersama seorang wanita dikenali sebagai Zack.
Spekulasi semakin hangat apabila mereka kerap memuat naik video bersama di media sosial, sehingga tercetus tuduhan liar mendakwa mereka telah ‘berkahwin’.
Menafikan dakwaan tersebut, Zack tampil memberikan penjelasan dan menegaskan bahawa hubungan mereka hanyalah sekadar sahabat karib yang telah terjalin sejak lebih dua dekad lalu.
“Sebenarnya apa yang orang katakan itu adalah fitnah semata-mata. Saya dan Enot berkawan sejak berumur 17 tahun lagi. Keluarga kami juga saling mengenali malah anak-anak Enot pun panggil saya mummy,” katanya kepada mStar.
Zack turut meluahkan rasa kecewa dengan tuduhan yang mengaitkan dirinya kononnya telah ‘melarikan’ Enot dan mendakwa mereka sudah berkahwin.
Ada yang kata saya larikan dia, berkahwin dengan Enot. Itu semua dusta. Ya, orang macam kami ini sering menjadi tohmahan. Sila bawa tok kadi yang nikahkan kami. Kami ada harga diri.
Zack berharap agar orang ramai tidak mudah membuat andaian tanpa usul periksa serta menghormati maruah dan hubungan mereka yang hanya berlandaskan persahabatan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.