Bekas menantu kepada bekas jurulatih bola sepak kebangsaan Datuk Zainal Abidin Hassan, Suzur Sofia Smeth Jaya tampil mendedahkan bahawa dia masih diganggu bekas suami, Mohd Zaiza secara mental dan fizikal meskipun sudah sah bercerai.
Tulis Sofia di beberapa hantaran Instagram Story, dia berasa sakit dan meminta agar bekas suaminya itu berhenti menganggu kehidupannya.
Semua milik saya korang dah rampas. Nyawa saya pun korang nak ke? Nak saya mati baru korang berhenti ke? Korang nak saya mati ke?
Kata Sofia, bekas suaminya itu seolah-olah gila talak dan mendakwa Zaiza memiliki akaun palsu semata-mata untuk mengintipnya.
Anak-anak aku kau pegang, jiwa aku pulak kau nak pegang? kau siapa? Kalau aku nak nikah pun esok, apa kena mengena dengan kau?
Tolong jangan ganggu aku, keluarga aku dan kawan-kawan aku. Tolong cari kerja bukan stalk aku. Kalau berani jangan pakai fake account. Waktu operasi kau memang sampai ke pagi subuh ke?
Terdahulu, rumah tangga wanita itu bersama anak kepada Zainal Abidin itu dikatakan sudah lama berantakan apabila Zaiza didakwa menggantung Sofia secara tidak bertali dan enggan menceraikannya.
@sofiasmeth Ya Allah, mereka menzalimi aku dan aku mohon balasan yang setimpal ke atas diri mereka. Aku mohon berilah mereka rasa apa yang aku rasa bagi sesiapa serta kaum hawa yang turut menganiaya dan menyangkal apa yang aku lalui. Kalau Tidak jatuh ke mereka, jatuhlah ke kaum hawa nya. Walau sedikit biar sama merasa kerana kalam nama aku disebut difitnah dicaci mereka. Dengan ini beringatlah mereka di kemudian hari untuk menyakiti hambaMu yang lain.Sakit nya aku dipisahkan dari anak-anak selama 9bulan. Aku percaya dan berserah kepadamu Ya Allah kerana kau maha mendengar dan tahu segala kebenaran serta isi hatiku. Tiada lain ku sembah melainkan Allah yang satu maha besar, maha berkuasa dan pencipta seluruh alam. INNAHU MIN SULAIMANA WAINNAHU BISMILLAHIRROHMANIRROHIM, ALLA TA’LUU ALAYYA WA’TUUNI MUSLIMIIN.
Kedua-dua akhirnya bercerai talak satu pada pertengahan Jun lalu setelah mendirikan rumah tangga selama tujuh tahun. Sofia dan Zaiza mempunyai dua orang cahaya mata yang masing-masing berusia 6 dan 2 tahun.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.