Anak Allahyarham Sharifah Aini, Aliff Bakal Bernikah Esok

Hiburan

Anak Allahyarham Sharifah Aini, Aliff Bakal Bernikah Esok

Alhamdulillah. Tahniah diucapkan buat anak tunggal lelaki Sharifah Aini, Aliff Omar yang bakal menamatkan zaman bujangnya pada hari Jumaat (esok) bersamaa dengan 3 Oktober 2014. Untuk makluman, Aliff telah bertunang dengan Sharifah Nur Athirah Syed Azmi yang merupakan seorang doktor gigi pada 23 Ogos lalu. Aliff dan Sharifah akan disatukan sebagai suami isteri di Shah Alam.

anak sharifah aini

Advertisement

Majlis resepsi buat bakal pasangan pengantin ini pula akan diadakan pada hari Sabtu di Pusat Konvesyen Shah Alam. Mereka akan diraikan oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan karib Allahyarham Sharifah Aini. Untuk makluman, Aliff sebelum ini berada di Madinah dan dikhabarkan akan berada di Malaysia selama sebulan untuk menguruskan perkahwinannya.

aliff omar

Selamat pengantin baru diucapkan kepada Aliff dan juga Sharifah. Semoga segalanya berjalan lancar di hari pernikahan dan persandingan anda. Selamat menempuh alam rumah tangga. Semoga diberkati dan dikurniakan dengan anak yang ramai. Sama-samalah kita doakan. Sumber portal Murai.

P.S: Pelajar maut mahu ambil bekas pensel disorok kawan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...