Ahli Parlimen Kinabatangan yang baharu, Mohd Kurniawan Naim Moktar, hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat.
Majlis angkat sumpah anak kepada Allahyarham Bung Moktar Radin itu berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul.
Mohd Kurniawan Naim, 32, sebelum ini memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan yang berlangsung pada Sabtu lalu mewakili Barisan Nasional (BN), sekali gus berjaya mempertahankan kerusi yang disandang bapanya sejak tahun 1999.
Dalam PRK tersebut, beliau meraih majoriti sebanyak 14,214 undi, menewaskan calon WARISAN, Saddi Abdul Rahman, serta calon Bebas, Goldam Hamid.
PRK Parlimen Kinabatangan diadakan serentak dengan PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, yang turut dimenangi BN menerusi calonnya, Mohd Ismail Ayob.
Kedua-dua PRK berkenaan diadakan susulan kematian Bung Moktar Radin pada 5 Disember lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lainpada pautan di bawah.
