Penyanyi popular luar negara, Meghan Trainor yang baru sahaja bergelar sebagai seorang ibu pada 8 Februari yang lalu mengakui bahawa dirinya gagal untuk menjadi ibu yang baik.
Menurut penyanyi yang terkenal dengan lagu All About That Bass itu, gara-gara kurangnya ilmu pengetahuan tentang cara-cara menguruskan bayi dengan betul, dia telah menjadi punca anak lelaki, Railey mengalami ruam teruk pada badan.
Difahamkan, kejadian berlaku selepas beliau membawa anaknya itu keluar bersiar-siar untuk menikmati suasana pagi.
View this post on Instagram
Kerana terlihat teruk dan bimbang, Trainor telah menghubungi doktor peribadinya dan bertanyakan punca tubuh anaknya itu ditumbuhi dengan bintik-bintik merah.
Kata doktor, anak saya mengalami ruam panas kerana tidak boleh terdedah pada pancaran cahaya matahari terlalu lama.
Dalam pada itu, dia turut berkata dirinya menyesali kerana membawa anak lelakinya itu keluar dan tidak akan melakukan kesilapan yang sama di masa hadapan.
Selain itu, kami kongsikan beberapa artikel yang trending pada pautan di bawah.