Anak Akan Hilang Keyakinan Diri Jika Ibubapa Lakukan 3 Perkara Ini

Kehidupan

Anak Akan Hilang Keyakinan Diri Jika Ibubapa Lakukan 3 Perkara Ini

Setiap ibubapa pasti menginginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Tahukah sekiranya ibubapa lakukan tiga hal ini mereka akan hilang keyakinan diri dan perkembangan anak boleh jadi terbantut.

Ibubapa perlu tahu dan jangan sesekali lakukannya. Kalau dah terbuat takpelah tapi next time pastikan alert ya.

Advertisement

Seorang doktor yang dikenali sebagai Dr. Redza Zainol ada berkongsi di Twitter mengenai 3 sifat toksik jika dilakukan oleh ibubapa setiap hari.

1.Stonewalling

Apa itu stonewalling ? Stonewalling ialah keengganan seseorang individu untuk berkomunikasi atau memberikan kerjasama.

Seperti contoh, dalam situasi dimana anak ingin berbual bersama dengan ibubapa tapi mereka menghindar atau menjauhkan diri seperti tidak menjawab soalan anak, sengaja melambatkan pertanyaan anak, tidak bercakap apa-apa, terus meninggalkan anak dan tidak mengambil serius terhadap apa yang dibualkan oleh anak-anak.

Seeloknya ibubapa perlu fokus terhadap apa yang dibualkan oleh anak-anak supaya mereka berkomunikassi secara langsung dengan baik.

2. Expressionless & being ignored

Ianya terjadi apabila ibubapa tidak memberi sebarang reaksi pada wajah dan mengabaikan anak-anak.

Kalau balik sekolah mesti anak-anak nak berkongsi cerita dengan ibubapa mereka. Seeloknya ibubapa elakkan untuk hanya dengar sahaja anak-anak bercerita tanpa memberi respon apa-apa. Anak-anak pun akan confuse dengan riak wajah ibubapa mereka yang mereka rasa ibubapa mereka fokus tapi hanya cuma mendengar ala kadar sahaja.

3. Gaslighting

Ini yang sangat penting. Maksudnya ialah ibubapa meragui atau menidakkan sesuatu yang diberitahu oleh anak. Kadang-kadang ibubapa menganggap apa yang dikeluarkan dari mulut anak tak betul tapi cuba dengar penjelasan mereka terlebih dahulu.

Sebagai contoh, apabila anak balik daripada asrama mereka mengatakan ada budak lain yang pegang-pegang mereka tapi respon si ayah “biasalah tu, takde apa lah”.

Ibubapa perlu ambil berat soal ini kerana siapa lagi yang anak-anak akan percaya kalau bukan ibubapa mereka sendiri.

Jadi, kalau sifat-sifat tersebut diulang oleh ibubapa sendiri, anak akan jadi kurang keyakinan diri, selalu buat keputusan yang salah sebab asyik dengar pendapat orang lain, kritik diri sendiri dan tak tahu macam mana nak kawal emosi sendiri.

Mungkin apabila mereka sudah dewasa dan berkeluarga mereka akan buat perkara yang sama pada anak sendiri sebab ketika mereka kecil sifat-sifat itu lah yang ditunjukkan oleh ibubapa mereka.

Ibubapa harus kenal pasti ‘sifat toksik’ ini dan kalau boleh elak untuk melakukannya terhadap anak-anak.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...