“Anaas, Sampai Hati Bun*h Anak Ibu..” – Ibu Mangsa Bun*h Suami Tak Dapat Tahan Sebak Berdepan Dengan Menantu

Trending

“Anaas, Sampai Hati Bun*h Anak Ibu..” – Ibu Mangsa Bun*h Suami Tak Dapat Tahan Sebak Berdepan Dengan Menantu

Ibu kepada mangsa bunuh suami sendiri di sebuah bilik hotel di Batu Gajah, Perak tidak dapat menahan sebak ketika berhadapan dengan menantunya itu di lokap Mahkamah Majistret Batu Gajah.

Ketika suspek keluar diiringi polis, Rozita Radzuan, 56, bertanya mengapa suspek, Hairil Anaas Abdullah, 37, itu sanggup membunuh anaknya, Nisya Syahkila Syahkila Shaharun yang disifatkan sebagai anak yang baik.

Advertisement

Anaas, sampai hati bunuh anak ibu. Nisya baik, 32 tahun ibu jaga anak ibu.

Suspek dalam keadaan digari itu sempat meminta maaf kepada ibu mentuanya sebelum dibawa masuk ke dalam sebuah kereta polis.

@utusantvofficial 1 JUL 24: Ibu kepada Nisya Syahkila, Rozita Radzuan, 56 tidak dapat menahan sebak dan memperkatakan sesuatu kepada Hairil Anaas Abdullah, 37, yang didakwa menyebabkan kematian isterinya, di bilik sebuah hotel di Pekan Batu Gajah, antara 7.30 pagi hingga 2 petang, 20 Jun lepas. 📽 milik syahisrulshaharun. #fyp #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #justiceforNisyaSyahkila ♬ Very Sad – Enchan

 

Ditenangkan ahli keluarga

Rozita yang  berjubah berwarna gelap itu kemudian ditenangkan oleh beberapa ahli keluarga yang turut hadir sebelum dibawa meninggalkan kompleks mahkamah.

Terdahulu, Hairil Anaas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Gajah atas pertuduhan membunuh isterinya dan dilaporkan mengangguk faham ketika pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Azlin Zeti Zainal Abidin.

arwah nisya syahkila

ibu nisya syahkila di mahkamah

Mengikut pertuduhan itu, dia didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian Nisya Syahkila Shaharun, 32, di dalam sebuah bilik hotel di Batu Gajah, antara jam 7.30 pagi hingga 2 petang, 20 Jun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 tahun hingga 40 tahun serta minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

6 months ago

Wanita Maut Dibunuh Suami Diugut Sejak Tahun Lalu, Pernah Lapor Polis Beberapa Kali - “Arwah Pernah Cakap Dia Takut Akan Mati Dibunuh…”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...