January 14th, 2011

Masihkan anda ingat tentang isu nama Andy Flop Poppy dalam Facebook Ana Raffali yang sekejap ada sekejap tak ada? Macam chipsmore la pulak kan. Kalau tak ingat, sila baca entri ini. Akhirnya Ana Raffali sudah pun buat penjelasan tentang isu ini.

[note]Pada awalnya pengurusan Kelab Peminat Facebook saya memadam nama Andy sebab tidak mahu berlaku kontroversi apabila Andy yang turut menjadi pengadil AJL25 tersenarai sebagai salah seorang dari ahli kumpulan saya.

Sudah tentu peminat akan membuat spekulasi kononnya Andy akan melakukan keputusan yang berat sebelah untuk memilih saya menang dalam AJL25 kerana dia merupakan anggota kumpulan yang turut disertai oleh saya sendiri.

Tapi setelah saya fikir beberapa kali, agak tidak adil saya memadamkan nama Andy yang sememangnya ahli kumpulan The Marhaen kerana saya merasakan dia melaksanakan tugasnya sebagai juri atas dasar profesionalismenya. [/note]

Amik kau panjang lebar Ana Raffali punya penerangan. Harap semua orang berpuas hati dengan penjelasan dari Ana Raffali. Kalau tak puas hati jugak, tak tahu lah kami nak cakap apa. Pengajarannya, next time pihak AJL haruslah mengambil kira bab-bab ini bila nak pilih juri untuk sesebuah pertandingan. Kredit berita kepada Mstar.


Comments are closed.

Loading...