June 22nd, 2015

Menerusi rancangan hiburan sensasi Melodi di TV3 semalam, penyanyi Ana Rafali menafikan dakwaan bahawa rumah tangganya kini sedang bermasalah. Mendengar berita itu buat pertama kali, Ana mengakui agak terkejut dengan gosip tersebut.

Jelas Ana, beliau dan suami kini sangat bahagia apatah lagi dengan kehadiran cahaya mata mereka yang pertama menyerikan lagi rumah tangga mereka.

Ini kali pertama saya mendengar perkara ini. Kami bahagia saja. Malah sejak ada baby ini, hubungan kekeluargaan menjadi makin rapat.

Walaupun beliau kini sibuk menguruskan keluarganya, Ana masih lagi mempunyai masa serta bertungkus lumus untuk mengeluarkan album terbarunya.

Ana Rafali mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Aznaim Abdullah (Naim), 33, pada 26 Februari 2012. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Aaydeen Oumar yang kini mencecah usia setahun.

Sumber Berita: Malaysian Digest


Comments are closed.

Loading...