Ana Rafali Bakal Kahwini Rakan Karib 25 Februari Ini

Hiburan

Ana Rafali Bakal Kahwini Rakan Karib 25 Februari Ini

Seorang demi seorang gadis-gadis di dunia hiburan Malaysia menamatkan zaman dara mereka. Yang terbaru ialah si gadis yang sentiasa dengan imej baju kurungnya, Ana Rafali. Pasti ada pria yang kecewa, namun Abang Nara bergembira kerana boleh meraikan hari bahagia Ana Rafali tidak lama lagi. Dan pastinya manusia yang paling gembira dengan berita ini ialah Ana Rafali sendiri dan bakal suaminya (merangkap rakan karib) Ahmad Aznaim Abdullah (Naim).

gambar perkahwinan ana rafali

Advertisement

Ana Rafali, 26 tahun bakal bernikah dengan Naim, 30 tahun di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati pada 25 Februari 2012. Sebelum majlis pernikahan, majlis pertunangan akan dijalankan terlebih dahulu. Majlis resepsi pula akan diadakan selepas selesainya majlis pernikahan. Apa pun, tahniah Abang Nara ucapkan kepada Ana Rafali atas berita gembira ini. Semoga segala persiapan perkahwinan anda akan berjalan dengan lancar.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

36 Comments

  1. cicakcomel

    February 1, 2012 at 4:23 am

    Walaupun sy cuba nak minat penyanyi ini dan lagunya, tapi tetap gagal. Papepun, tahniah atas perkahwinan anda!

  2. Akil

    February 1, 2012 at 12:36 am

    Ana Rafali, walaupun lagu mu itu tidak sedap bagiku, tetapi selamat berkahwinlah kepadamu…hahah

  3. Akemz

    February 1, 2012 at 12:33 am

    Semoga berbahagia dan jangan pulak nanti da kawin then 1-2 tahun bercerai…ini yang xnak nie..

    • lili

      February 1, 2012 at 9:49 am

      ko pon akemz nnti klau dh kawin semoga bahagia and semoga tak bercerai yerr….
      apa punya ucapan daa..

  4. pizza

    January 31, 2012 at 10:52 pm

    One more thing, she obviously weight down a lot, kan? Nampak cun plak…

  5. pizza

    January 31, 2012 at 10:50 pm

    Bagus ek, all in one day. Senang. Tak berjela2. Famili yg menguruskan pun senang, x kusut memanjang nak pikir itu ini. Neway, congrats to Ana and future hubby. Semoga perkahwinan diberkati ALLAH hingga ke akhir usia.

Loading...