30 Oktober 2016, All Nippon Airways (ANA) telah pun melancarkan 2 laluan terbaru. Kini penumpang-penumpang dari Malaysia boleh terbang secara terus ke New York dan Chicago dengan penerbangan ANA menerusi lapangan terbang Tokyo iaitu Haneda dan Narita. Pramugari-pramugari ANA yang sangat comel kini sedang menanti anda dengan senyuman lebar mereka untuk penerbangan terbaru ini.
Malah pada Februari 2017 kelak, ANA telah mengumumkan akan menyediakan penerbangan terus dari Tokyo ke Mexico City. Laluan ini adalah laluan antarabangsa secara ‘direct” yang ke 42 untuk syarikat kapal terbang penuh berprestij ini. Penerbangan ke Mexico City akan terbang setiap hari bermula dari Narita International Airport sehinggalah ke Mexico City International Airport.
ANA memang dikenali dengan layanan yang cukup mesra, sempurna dan penerbangan yang amat selesa di kalangan penumpang mereka. Tak percaya? Cuba lihat video di bawah:-
Selamat terbang dengan ANA.