August 6th, 2012

Amboi mesranya. Itulah yang Abang Nara dapat katakan apabila Anne Ngasri memberitahu yang anak-anaknya memanggil Alif Aziz dengan panggilan “daddy”. Baguslah sebelum berkahwin pun dah rapat sampai tahap begini. Nanti bila dah berkahwin tak adalah rasa kekok sangat. Tak gitu?

aliff aziz

Berkata kepada wartawan Mstar Online, Anne mengakui anak-anaknya iaitu Abdul Warits, 4, Abdul Wafri, 3 dan Nazharah Afrozah, 2 sangat rapat dengan Alif Aziz:-

alif aziz

Anak-anak memang rapat dengan Alif dan mereka memanggilnya dengan panggilan ‘daddy’. Alif juga tidak kekok melayan karenah mereka dan menerima anak-anak saya dengan hati terbuka.

Bagi Abang Nara, kalau dah sampai begini sekali, cepat-cepatlah nikah. Kedua-dua belah keluarga pun sudah merestui hubungan Anne dan Aliff. Nak tunggu apa lagi kan? Anak-anak pun dah suka. Abang Nara doakan Alif dan Anne dipermudahkan urusan untuk mendirikan masjid. Tak elok tunggu lama-lama. Tak gitu?


48 responses to “Anak-Anak Panggil Alif Aziz “Daddy” – Anne Ngasri”

  1. mature says:

    anne u r very sweet, better u find someone more matured.
    better for u and ur children.
    dont let them call him daddy, reserve it for the one who really officially become the daddy.

  2. bakal bini nara says:

    bukan nak fitnah.tp hritu bru nampak aliff aziz ngn sorg pempuan seksi kat sunway pyramid duk isap rokok..kat area starbucks tu.tggi alif ni kat luar.tahlaa anne..ko baik pk btl2..bdk lg alif ni.lagu pun duk main liking2 poking2 hehehe

    • nina says:

      setuju dgn kau tp nama kau mmg kelakar lah “bakal bini nara” haha tersedak kak nara ori tue nanti…dia nie mmg tak matan lg sesuai dgn lagu2 dia jgk! ade 1pic mmg lah dah lama tp sebab mmg diri dia “berkiss mulut” dgn seorg akak tua drpd dia mmg terus tak berkenan dgn bdk nie…anne awak ibu tunggal anak 3, bertudung, mmg jodoh dtgn Tuhan tp kita sentiasa diberi peluang untuk memilih yg terbaik…pilih org yg lbh matang, boleh membimbing & terima anne dan anak2 & stabil kedudukan kewangan walapun tak kaya or vvip tp blh tanggung anne.jgn buang masa dgn budak baru nak cari identiti nie!

  3. Minah tonggeng says:

    Raja azmi memang mentel. Perasaan remaja . Adoi adoi.aliff saje nak cari org malaysia tuk dapt jadi penduduk tetap.aq rase aliff belum matang tuk pikul tanggung jawab jadi ayah pada 3 org anak . Tengok gaya pakaian nye dah menampakkan alif masih kelihatan macam budak form 3 .tengok aidil n rita rudani ……..akhir nya. Memang jodoh di tgn Tuhan tapi kita boleh berfikir bukan semborono aje.

  4. saje-saje says:

    abg nara oi…kisah panggil daddy2 bkn dh lame ke?? soooo last year…. bosan, next!!!!

  5. Minah says:

    Awak tu bertudung, jangan posing macam tu, please? TQ.

Loading...