Amboi mesranya. Itulah yang Abang Nara dapat katakan apabila Anne Ngasri memberitahu yang anak-anaknya memanggil Alif Aziz dengan panggilan “daddy”. Baguslah sebelum berkahwin pun dah rapat sampai tahap begini. Nanti bila dah berkahwin tak adalah rasa kekok sangat. Tak gitu?
Berkata kepada wartawan Mstar Online, Anne mengakui anak-anaknya iaitu Abdul Warits, 4, Abdul Wafri, 3 dan Nazharah Afrozah, 2 sangat rapat dengan Alif Aziz:-
Anak-anak memang rapat dengan Alif dan mereka memanggilnya dengan panggilan ‘daddy’. Alif juga tidak kekok melayan karenah mereka dan menerima anak-anak saya dengan hati terbuka.
Bagi Abang Nara, kalau dah sampai begini sekali, cepat-cepatlah nikah. Kedua-dua belah keluarga pun sudah merestui hubungan Anne dan Aliff. Nak tunggu apa lagi kan? Anak-anak pun dah suka. Abang Nara doakan Alif dan Anne dipermudahkan urusan untuk mendirikan masjid. Tak elok tunggu lama-lama. Tak gitu?