An Najwa Atlet Bola Jaring Pertama Ke Kelab Bola Jaring GWS Fury, Sydney

Trending

An Najwa Atlet Bola Jaring Pertama Ke Kelab Bola Jaring GWS Fury, Sydney

Pemain bola jaring Malaysia, An Najwa Azizan bakal menjadi pemain Malaysia pertama bermain di luar negara apabila khidmatnya ditagih sebuah kelab di Australia.

Advertisement

Kelab Bola Jaring liga amatur GWS Fury yang berpangkalan di New South Wales, Sydney, bakal mendapat khidmat Najwa apabila Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) bersetuju melepaskan beliau beraksi dalam Liga Perdana Samsung 2018 yang dijangka bermula Julai hingga September ini.

Najwa yang ditemui pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja bagi sukan Bola Jaring di Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini, mengakui teruja untuk beraksi di sana dan menyifatkan ia seperti impian menjadi kenyataan.

Beliau akan berangkat ke Australia Sabtu ini, dengan diberi peluang beraksi di luar negara, beliau berharap akan menjadi batu loncatan untuk generasi baharu bola jaring kebangsaan untuk melangkah lebih jauh.

“Semoga dengan peluang ini akan menjadi platform buat bakat baharu bola jaring negara yang mempunyai cita-cita beraksi di luar negara dan menaikkan nama negara,” katanya yang akan menangguhkan pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi menyahut tawaran berkenaan.

Untuk rekod, Najwa berjaya membantu skuad bola jaring negara mengakhiri penantian 16 tahun untuk memenangi pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, dan beliau juga merupakan Pemain Paling Bernilai (MVP) Kejohanan Bola Jaring Asia 2016 di Bangkok. – Lapor BERNAMA

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...