April 17th, 2020

Kemelut antara Zarina Anjoulie dan Amyza Aznan makin berpanjangan apabila pelakon sensasi itu menuntut pampasan sebanyak RM3 juta kerana telah menjatuhkan reputasinya melalui ‘posting’ dan komen berbaur fitnah mengenai dirinya di aplikasi Telegram dan Instagram.

amyza aznan sindir zarina anjoulie

Bagaimanapun, nampaknya Amyza seakan tidak ambil pusing dengan apa yang berlaku dan tetap tenang meskipun dihujani pelbagai komen mengenai tuntutan itu.

Di Insta Story, dia sempat memuat naik beberapa mesej daripada peminat yang memberikan kata-kata semangatnya. Pada masa yang sama, Amyza juga memuat naik komen berbaur sindiran yang dilemparkan kepada Zarina.

amyza aznan sindir zarina anjoulie

amyza aznan sindir zarina anjoulie amyza aznan sindir zarina anjoulie

Tidak cukup dengan sindiran, ada segelintir netizen mempertikaikan tindakan Zarina yang mampu untuk melantik peguam tetapi mendakwa “menggunakan duit orang” bagi tujuan kerja amalnya.

Malah, mereka mendakwa Zarina sendiri yang membuka aibnya sendiri sehingga tercetus kontroversi tetapi akhirnya dia memfailkan saman.

amyza aznan sindir zarina anjoulie amyza aznan sindir zarina anjoulie

Terdahulu, Zarina menuntut pampasan sebanyak RM4 juta dan permohonan maaf daripada Amyza (RM3 juta) dan seorang lagi pelakon, Emelda Rosmila (RM1 juta) kerana membuat kenyataan menjatuhkan reputasinya. Zarina digambarkan sebagai individu yang jahat dan tidak bermoral kepada orang ramai dan mengalami trauma disebabkan insiden tersebut.

Sumber Berita : Forum CARI


2 responses to “Amyza Aznan Sindir Zarina Anjoulie Selepas Dituntut RM4 Juta”

  1. Anonymous says:

    Speechless dgn retis kta ni.. Msing2 nak tnjuk khebatan msing2.. Sdh2 la dlu.. Simpan2..baik doa mslh ngara lg baik la.. Kata retis tu Idola.. Dah tu tnjuklah kematangan tu.. Klau kra umur rsanya dah matang sgt kot.. Mula2 mls nak komen.. Tp mcm geram la jga.. Kta sbuk tkut dgn Covid yg drg x hbis nak bbalah.. Asal buka socmed ada jela ceta yg kluar… Aduiiii please la… Udah2 la sis muhasabah diri..

  2. Anonymous says:

    Masha Allah hmmm

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

Loading...