Tidak hadir menyerahkan dokumen yang didakwa telah menuntut permohonan maaf dan pampasan sebanyak RM3 juta daripadanya, pelakon Amyza Azna zahir rasa kecewa terhadap pihak Zarina Anjoulie.
Menurutnya, berhubung kenyataan mengenai bantuan khusus untuk artis tempatan susulan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) daripada kerajaan kesan wabak COVID-19, Zarina telah memfailkan saman fitnah RM3 juta terhadap Amyza pada 23 April lalu.
Namun, Amyza melalui media meminta pihak guaman yang mewakili Zarina iaitu Nurul Hafidzah untuk hadir bertemu dengannya jam 4 petang di Astro Bukit Jalil bagi menyerahkan dokumen yang didakwa belum lagi diterimanya kira-kira tiga hari lalu.
Amyza juga didakwa hanya sekadar berdiam diri sehingga peguam yang mewakili Zarina, Nurul Hafidzah mengesahkan dia gagal memasukkan kehadiran di mahkamah sejak saman difailkan.
Ditanya mengapa sebelum ini Amyza didakwa tidak memberi respon kepada tuntutan saman dan maaf dari pihak Zarina?
Kata Amyza, beliau langsung tidak menerima apa-apa dokumen atau notis berikutan kes tersebut.
“Sepatutnya dokumen itu sendiri diserahkan kepada saya. Mungkin mereka hantar ke alamat yang salah kerana saya menetap di Sepang bersama ibu saya.”
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Zarina tampil seolah menghentam golongan selebriti yang dikhabarkan mahukan bantuan khusus daripada pihak kerajaan susulan pandemik wabak C0VID19. Bagaimanapun, kenyataan itu mendapat respon daripada beberapa golongan artis tempatan termasuklah Amyza dan Emelda Rosmila.
Malah, pelakon Emelda juga tampil menuntut permohonan maaf daripada Zarina kerana didakwa menerbitkan kenyataan fitnah kepadanya. Emelda menuntut ganti rugi am melebihi RM1 juta termasuk ganti rugi lainnya.
Sumber: Gempak