Amyza-Aznan-1

Amyza-Aznan-1

Pelakon Amyza Aznan mengemukakan notis tuntutan permohonan maaf dan ganti rugi berjumlah RM5 juta terhadap peguam yang mewakili pelakon Zarina Anjoulie, Nurul Hafidzah Hassan. Amyza menuntut permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari serta bayaran ganti rugi kerosakan berjumlah RM5 juta menerusi notis yang disampaikan melalui The Law Chambers of Fauzi & Naseer. Perkara ini berlaku susulan tindakan Hafidzah yang mengeluarkan kenyataan berunsur tohmahan dan fitnah terhadap Amyza. Ia secara tidak langsung mampu merosakkan reputasi Amyza sebagai artis di media sosial milik Hafidzah dan laporan media. Amyza membuat pengumuman dengan meminta Hafidzah datang menyerahkan dokumen kepadanya sendiri pada minggu lalu. “Selama ini semua sedia maklum saya mempunyai rekod bersih dalam industri hiburan.” Peguam Amyza, Naseer Yusof berkata, permohonan maaf itu perlu dilakukan di media sosial, penerbitan media serta sidang akhbar dan selepas itu barulah budi bicara akan dilakukan terhadap tuntutan ganti rugi itu. "Sekiranya ia tidak dilakukan dalam tempoh tujuh hari, maka kita akan memfailkan saman di mahkamah.” Ujar Amyza, kenyataan fitnah yang dikeluarkan Hafidzah menerusi laporan media terbabit adalah mengatakan tindakan dirinya dan pelakon, Emelda Rosmila sebagai kempen pembunuhan karakter terhadap Zarina yang berniat jahat. Terdahulu, Zarina menerusi peguamnya menghantar dua surat tuntutan berasingan terhadap Emelda dan Amyza yang menuntut permohonan maaf dan pampasan sebanyak RM4 juta, iaitu tuntutan RM1 juta daripada Emelda dan RM3 juta daripada Amyza. Bagaimanapun, permohonan Zarina supaya Mahkamah Kuala Lumpur memasukkan penghakiman terhadap Amyza yang gagal menjawab saman fitnah bagi menuntut ganti rugi RM3 Juta akan didengar pada 3 Julai ini.

Advertisement

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...