Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Amyra Rosli Tidak Kisah Dikecam Lakonkan Babak Intim Dalam Drama Kan Kukejar Cinta Kamu

Drama Kan Kukejar Cinta Kamu sedang hangat ditayangkan, nama pelakon utamanya Amyra Rosli dan Fendy Bakry nampaknya semakin popular dan menjadi perhatian ramai. Penonton agak kagum dengan keserasian mereka berdua menjayakan watak Alma dan Raiyan.

Advertisement

Jalan cerita drama ini penuh dengan debaran tetapi turut menyelitkan babak intim suami isteri. Ada juga yang mengecam Amyra tidak malu untuk melakonkan babak mesra bersama Fendy.

Bagaimanapun, Amyra tidak kisah dirinya dikecam dan bersikap profesional ketika bekerja. Lagipun, mereka tidaklah duduk rapat seperti yang disangka, semuanya hanya teknik kamera sahaja.

Saya akui, drama bersiri ini memerlukan saya melakonkan babak-babak mesra dengan Fendy, seperti contoh, babak berdua atas katil. Babak atas katil tu, mungkin di kaca televisyen nampak agak rapat tapi sebenarnya kami duduk berjauhan. Teknik kamera digunakan untuk merealisasikan babak itu agar ia kelihatan natural.

Babak menari dan beberapa babak lain yang memerlukan karakter kami berdua berada sangat rapat pun digantikan dengan orang lain. Saya tak kisah bila ada orang bercakap kerana apabila suami dan keluarga saya tahu cara kami bekerja, itu sudah memadai. Asalkan mereka mengetahui situasi sebenar.

Advertisement

Kalau suami dan keluarga memahami, tentunya ia tidak menjadi isu besar. Tentunya Amyra juga tahu menjaga batasnya dengan lelaki lain kan?

Sumber Berita : Astro Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

24 Comments

  1. anon

    January 11, 2019 at 10:19 am

    hero kampung kami tak kesah ..tapi pi la kellas blkun dulu kayuuu sgt aku tgok pon sebab mira n kak limah je

    • Anonymous

      January 13, 2019 at 10:47 am

      mana ada kayu best aje. expressi muka dia memang kena dengan karakter yang di bawa.

  2. Anonymous

    January 10, 2019 at 9:13 pm

    Jalan crita, skrip, pelakon dah best. Cuma pengarahan je kot kurang best. Angle camera mcm teknik zaman dulu skit hampir mcm indon style. Bila ramai watak dalam 1 syot mmg mcm sinetron idon la. Kadang nmpk mcm persembahan sekolah. Aku suka angle shot mcm dalam titian cinta tu.

    Sedikit komen dari peminat drama.

  3. Smartbird

    January 10, 2019 at 5:04 pm

    Good drama & great actresses/actors. Got hooked up after watching 4th episode and now will continue watching till last episode. Rasanya lakonan Amyra pun lebih mantap & sesuai sangat dengan peranan Alma, tahniah diucapkan.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top