Amyra Rosli Tidak Kecil Hati Dikritik Kerana Memasak Sambil Tengok Laptop

Hiburan

Amyra Rosli Tidak Kecil Hati Dikritik Kerana Memasak Sambil Tengok Laptop

Hanya kerana foto dimana Amyra Rosli dilihat memasak sambil melihat laptop, pelakon itu menerima pelabgai kecaman daripada netizen baru-baru ini. Mereka mempertikaikan tindakan Amyra itu yang membahayakan nyawanya sendiri.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Amyra memberitahu beliau tidak berkecil hati dengan segala komen netizen dan menjelaskan tujuan beliau melakukan aksi tersebut adalah kerana ingin menjayakan kempen ataupun iklan daripada syarikat komputer berkenaan.

Saya diminta untuk memasak sambil mencari resipi di Internet menggunakan laptop itu. Jujur, semuanya telah disediakan oleh mereka, jadi saya hanya menjalankan tugas. Nama pun bekerja, jadi mahu atau tak saya perlu ikut supaya mereka berpuas hati.

Saya sendiri pun tak gila nak buat semua itu. Bila saya baca semua komen itu, saya mampu gelak saja. Saya malas nak layan kerana mereka (netizen) tak tahu apa yang saya buat.

Sebenarnya netizen hanya risaukan keselamatan Amyra sahaja dan bukanlah kecaman semata-mata. Apa-apa pun, bagus Amyra kerana tidak cepat melenting dan terasa hati.

Sumber Berita : Media Hiburan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...