Rasany sudah dua tahun Amyra Rosli putus tunang dengan Dazrin Kamaruddin bukan? Namun sehingga kini beliau mengakui masih lagi solo meskipun rapat dengan aktor Amar Baharin dan sering dihimpit gosip percintaan bersama Amar.
Sering menggayakan pakaian pengantin atas urusan kerja, ada pula pihak yang mendakwa beliau terkena badi baju pengantin. Aik? Ada ke macam tu…
Mendengar dakwaan tersebut, Amyra menyifatkan ia satu dakwaan yang tidak masuk akal kerana soal jodoh merupakan ketentuan Allah SWT.
Tidak dinafikan memang saya kerap memakai baju perkahwinan pada awal kemunculan dulu. Mungkin ketika itu memang ada perancangan untuk mendirikan rumah tangga. Namun sekarang tidak lagi. Mama kini sudah mula menapis tawaran yang berkehendakkan saya berpakaian sebegitu untuk sesi fotografi.
Amyra sebenarnya sedar dengan pandangan masyarakat Melayu yang kurang senang melihat anak dara bujang sering memakai pakaian pengantin. Menurut mereka, takut hilang seri pada hari pernikahan.
Kalau dulu, memang tak ramai orang berpeluang untuk berpakaian pengantin. Hanya yang bekerja sebagai model atau pelakon saja yang dapat melaram pakaian begitu.
Maklumlah kebanyakan pakaian pengantin cantik-cantik. Sebab itulah, orang Melayu kita tak suka kalau wanita bujang kerap berpakaian macam itu. Takut-takut nanti hilang pula seri sewaktu bersanding di pelamin.
Sesetengah masyarakat kita ini kadang-kadang terlalu taksub dengan badi dan sebagainya. Kita semua tahu soal jodoh bukanlah terletak di tangan kita. Apa yang mampu dilakukan oleh seseorang hanya berusaha dan beroda tetapi ketentuannya di tangan Allah SWT. Janganlah terlalu percaya dengan benda tahyul.