Dek kerana merasa cemburu dengan kemesraan antara Amar Baharin dan Emma Maembong ketika di lokasi penggambaran drama Tersuka Tanpa Sengaja, Amyra Rosli dikatakan bermasam muka dengan Emma.
Pelbagai reaksi yang diterima oleh peminat mereka bertiga ini, ada yang mempersoalkan mengapa pula Amyra mempunyai perasaan sebegitu sedangkan beliau dan Amar bukanlah pasangan kekasih.
Terkejut mendengar gosip tersebut, Amyra melalui Harian Metro berkata hubungan beliau dan Emma sangat rapat.
Mana pula datang cerita mengarut ini? Ini adalah gosip paling kelakar pernah saya alami sepanjang bergelar artis. Perkara itu tidak pernah berlaku dan langsung tidak masuk akal.
Saya dan Emma memang rapat dan baik. Apa sebab pula kami nak bergaduh? Apatah lagi disebabkan kes cemburu? Memang kelakar betullah.
Kami tahu memang ramai yang menginginkan Amyra Rosli dan Amar Baharin bercinta, namun kita tidak boleh memaksa mereka. Doakan sahaja yang terbaik buat mereka berdua.