Lumrah  pengantin baharu, pasti kemana sahaja hendak berdua bukan? Begitulah juga dengan pasangan Amyra Rosli dan Amar Baharin yang tidak boleh berpisah. Mereka sering tampil bersama dalam mana-mana acara.
Dek kerana perkara itu, ada pula yang melabelkan Amar sebagai seorang suami yang kuat cemburu. Namun, Amyra tidak kisah jika ada yang berkata begitu, buat Amyra beliau senang dengan kehadiran suami di sisi yang menyokong setiap perkara yang beliau lakukan.
Saya tidak peduli jika ada pihak yang menuduh Amar kuat cemburu atau apa saja. Lagipun dia bukan setiap masa bersama saya. Jika ada kelapangan Amar memang akan ke mana-mana bersama saya. Begitu juga saya yang akan ikut Amar menghadiri mana-mana majlis jika ada masa terluang.
Saya anggap tindakan Amar itu sebagai suami yang menyokong isteri dan sentiasa bersama isteri dalam apa juga keadaan. Saya akui Amar seorang yang sangat ‘supportive’ dan saya selesa jika dia menemani saya ke mana-mana walaupun dalam masa sama ibu turut menemani saya.
Biarlah Amyra Rosli dan Amar Baharin merasa nikmat dan manisnya bergelar suami isteri. Rasanya mereka yang melihat kemesraan mereka berdua ini yang cemburu sebenarnya. Hehe..