May 30th, 2016

Semalam, gosip mengenai Amyra Rosli bakal berkahwin pada bulan November ini cukup hangat diperkatakan apabila chef selebriti Datuk Raja Rosly Raja Mazlan ataupun Pak Engku memuat naik foto mereka berdua di Instagram.

Iyalah, biasanya selebriti yang bertemu dengan Pak Engku kerana mereka ingin menggunakan khidmat katering untuk majlis istiwewa, dan sebuah akhbar tempatan juga semalam turut mengandaikan perkara yang sama dan memberitahu mungkin beliau akan menamatkan zaman bujangnya bersama Amar Baharin.

Namun, Amyra sekerasnya menafikan berita tersebut dan sekali lagi menegaskan beliau tidak pernah membuat sebarang persediaan untuk berkahwin dengan Amar.

Saya pernah menyatakan, tidak akan membuat peminat berteka-teki jika saya ingin bertunang atau mendirikan rumah tangga. Saya tidak akan sembunyikan apa-apa, malah sedia berkongsi berita gembira ini. Tidak sangka pula, isu ini terus diperkatakan dan cuba kembali dihangatkan.

Secara jujur, saya belum mahu berkahwin. Terserah kepada semua, sama ada mahu mempercayai apa yang saya katakan ini atau mendengar gosip tidak berasas daripada mulut orang lain.

Pada masa yang sama, Amyra menjelaskan beliau terlalu sibuk dengan kerjayanya dan tidak mungkin akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Sumber Berita : BH ONLINE


Comments are closed.

Loading...