Vokalis kumpulan rock popular, Amy Search merasa terkilan apabila seorang pakar motivasi juga Ketua Pemuda Muslimin Malaysia (ISMA), Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad menggelar kumpulan Search sebagai “hantuâ€.
Kenyataan tersebut telah dimuat naik oleh Lukman menerusi sebuah status di laman sosial Facebook beliau baru-baru ini ketika memberikan komen mengenai Festival Belia Putrajaya yang telah diadakan pada tanggal 22 Mei lepas dimana kumpulan Search membuat persembahan pada hari terakhir festival tersebut.
Setelah bertahun-tahun negara sambut hari belia negara, belia-belia kita menjadi teruk kerana hantu-hantu macam ini yang menjadi pengisiannya.
Menyedari kumpulan beliau dihina, Amy Search telah bertindak untuk menegur Lukman dengan memuat naik lirik lagu Titian Usang di laman Instagram miliknya.
Kertas putih salju ku coretkan kedukaan ku . Hitam dan kelabu ada lah warna dlm hidup ku. Apa kah jika lagu2 yg ku syairkan itu dpt mengembira hati mereka dan di jadikan sebahgian perjlnan hidup mereka utk berjaya itu satu dosa? Jgn di hina belia2 itu kerna mereka itu sebahagian dari aku dan aku juga sebahagian dari mereka yg punya cita. Tutur kata seorng motivasi itu seharus nya indah lagi mulia.
Setelah mendapat pelbagai reaksi berkenaan statusnya itu , Lukman memberitahu beliau akan memohon maaf secara peribadi kepada Amy Search. Walaubagaimanapun, buat masa ini penyanyi tersebut masih belum bersedia untuk bertemu empat mata dengan beliau.
Kalau anda seorang pakar motivasi jangan memberikan komen yang langsung tidak menunjukkan anda seorang yang profesional. Jangan dihina pekerjaan seorang artis kerana anda tidak pernah tahu hati serta amalan mereka.
Sumber Berita: Malaysian Digest