Amy Search, Mus May Dan Ibnor Riza Masuk UMNO

Hiburan

Amy Search, Mus May Dan Ibnor Riza Masuk UMNO

Di kala ramai selebriti tempatan mengambil sikap merahsiakan perjuangan politik mereka, Amy Search, Mus May dan Ibnor Riza hari ini menyerahkan borang penyertaan keahlian UMNO hari ini. Untuk makluman, antara artis lain yang sudah pun memasuki UMNO sebelum ini ialah Tan Sri Jins Shamsuddin dan Jamal Abdillah.

amy search masuk umno

Advertisement

Antara kata-kata Amy Search ketika sidang media kemasukannya ke UMNO ialah:-

Hanya Umno sahaja yang mampu membuat rakyat kembali bersatu. Saya lihat Umno merupakan sebuah parti yang mampu menjamin masa depan negara dan rakyat melalui segala usaha yang dilakukan pemimpin-pemimpinnya. Bagi saya, jika nak perjuangkan agama tidak semestinya menyertai PAS. Umno juga memperjuangkan agama, dan dalam pentadbiran, Umno juga tidak mengetepikan golongan ulama. Jika nak perjuangkan agama, bagi saya tidak semestinya sokong parti yang ahlinya berjubah sahaja.

Abang Nara tak mahu komen lebih-lebih kerana ini berkaitan dengan politik. Diharap anda juga mengambil langkah berhati-hati ketika mengomen supaya tidak terlampau dan menyentuh sensitiviti politik negara kita. Apa pun jutaan tahniah kepada UMNO kerana kini sudah mempunyai lagenda rock Malaysia sebagai salah seorang ahli mereka. Kredit info Mstar Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...