Vokalis kumpulan rock popular, Amy Search berniat untuk membuka lebih banyak lagi sekolah tahfiz pada masa akan datang selepas berjaya membuka sebuah sekolah Tahfiz, Al-Bayan School Of Quran & Hadith di Sungai Buloh pada awal tahun 2014.
Pelajar di Al-Bayan School of Quran & Hadith terdiri daripada kanak-kanak didalam lingkungan usia 7 hingga 15 tahun. Selain diajar untuk menghafal Al-Quran, Hadis serta Bahasa Arab mereka turut mempelajari subjek utama seperti Matematik dan Bahasa Inggeris.
Sekolah tersebut dibuka oleh Amy Search secara kecil-kecilan bersama seorang rakan dimana ia menempatkan seramai 15 orang pelajar tahfiz.
Sekolah Tahfiz tersebut dibuka oleh saya bersama dengan seorang rakan yang terletak di Sungai Buloh. Kini kami mempunyai seramai 15 orang pelajar dan itu sudah mencukupi kerana tempat tersebut tidak dapat menampung jumlah bilangan pelajar yang ramai.
Pada masa sekarang biar saya fokus dulu dengan apa yang ada kerana bila semua berjalan dengan lancar kita akan tambahkan lagi tahfiz yang lebih besar pada masa hadapan.
Buat Amy beliau menganggap pembukaan sekolah tahfiz berkenaan adalah salah bekalan amalan di dunia dan di akhirat. Namun, beliau tidak mempunyai sebarang rencana untuk meninggalkan bidang muzik dalam masa terdekat.
Apa yang saya lakukan ini (membuka sekolah Tahfiz) mengikut apa yang termampu dalam mengimbangkan bekalan amalan saya di dunia dan akhirat.Pun begitu saya tidak mempunyai sebarang perancangan untuk bersara daripada industri muzik kerana itu semua ditentukan oleh Allah.
Niat Amy Search untuk membuka sekolah tahfiz dengan lebih besar adalah satu hasrat yang murni dan kami percaya ia akan terlaksana jua satu hari nanti. Masyarakat kini semakin sibuk mengejar kemewahan dunia sehingga mereka lupa untuk membuat amal serta kebaikan  untuk  bekalan di akhirat. Tidak kisah berapa nilainya apa yang penting keikhlasan hati.
Alhamdulillah. semoga murah rezeki amy search. Kat sini kita blh nmpk da beza artis lama dgn artis baru. Hidup otai otai
Sudah sudah ler tu amy,tinggalkan je bidang nyanyian tu,awak tu dah tua,buka business banyak2 yg bercirikan islam,kemudian buka tahfiz dan pusat anak yatim atau org tua.Selamat dunia akhirat.Ni semua berkat doa ibu bapa dan aruah TGNA dulu kan.
Baguslah…semoga dipermudahkan
helo Amy..gambar yg no 1 tu u bergambar ngan budak2 kalau u pakai songkokkn baik ..tk la rambot u tu mengeremang macm besepai aje huh !
takde dosa apa2 pun dgn gambar tu, rambut dia pendek pun cuma terkembang mcm org bangun pagi, tapi dia lelaki, takde sebarang salah pun dgn rambut tu, klau dia ada wudhu pun boleh trus solat dgn rambut kembang tu..
memang la tkde dosa ape2 ..ye laaa atlis Nampak kemas la sikitttt..memang la si Amy tu lelakiii mentang2 lelaki tk boleh Nampak kemas ke ???????? pompannn aje yg nk kena bertudong n Nampak kemas kalau gi surau atau masjid huh ! jangan nk mengarot lah !! GOBLOK !!
Anak perempuan you Si Nabila Huda tu apahal Amy…? Sesekali ajaklah dia datang berkunjung tempat ni…tolong masak…basuh kain..sapu sampah…kemas rumah…dapat jugak hidayat dan pahala.
Si anaknya dah besaq panjang – kenalah dia tanggung dosa sendiri kalau dah degil sgt; apalagi dipengaruhi rakan-rakan dan keadaan sekeliling! Takkanlahkerana ini; mak bapak pun kena ikut perangai anaknya! Insya-ALLAH, anak akan sedaq satu hari nanti, bila dpt. mak bapak yg. MULIA mcm. Amy Search ini!
Alhamdullilah. Semoga diberkati usaha suci murni Amy. Diharap seluruh ahli keluarga juga sama2 belajar di situ .
Alhamdullilah abang amy telah berubah 360 darjah. Semoga segala urusan dipermudahkan dan banyak lagi anak anak kita yang dapat manfaat dari tahfiz yang didirikan kelak. Amin.
Terima kasih amy. Semoga usaha ini dipermudahkan dan berkat doa anak2 ini nabila huda kembali ke pangkal jalan. Sy sgt meminati kedua-dua insan ini.
MULIAnya hati Amy Search kita serta rakannya ni! Semoga ALLAH SWT melindungi dan memberkati mereka dan keluarga mereka sepanjang masa!
amy..smoga Allah merahmati usaha mulia mu ini..mohon kemaskan rambut..mcm squidward dh ak nengoknya…
hahahaha squidward :-)