Amy Search Buat Keputusan Untuk Tukar Protege Mentor Legend

Hiburan

Amy Search Buat Keputusan Untuk Tukar Protege Mentor Legend

Ya memang Abang Nara ada terdengar desas-desus seorang mentor yang tidak puas hati dengan protege yang dipilihnya. Tertanya-tanya juga sama ada mentor tersebut akan membuat pemilihan semula. Akhirnya persoalan itu terjawab semalam di dalam episod terbaru Mentor Legend. Amy Search telah membuat pusingan u dan menukar protege yang telah dipilihnya minggu lalu.
amy search u turn protege Untuk makluman, minggu lepas Amy Search telah memilih Zulhimi, seorang penyanyi jalanan. Namun malam semalam, Zulhimi sekali lagi telah bertarung dengan Sarah (protege yang tidak dipilih). Akhirnya Amy Search telah membuat keputusan untuk membimbing Sarah untuk Mentor Legend dan mengenepikan Zulhimi. Ditanya mengenai kejutan ini, Amy Search enggan mengulas lanjut dan menganggap keputusannya ini adalah terbaik.
amy search u turn protege

Apa pun ketika pemilihan Zulhilmi dilakukan minggu lalu, laman sosial Amy Search dihujani dengan kata-kata tidak puas hati oleh para peminat yang mempertikaikan keputusannya. Jadi dengan keputusan ‘u turn’ ini, diharap semua peminat berpuas hati. Selamat berjaya diucapkan kepada Sarah. Kepada Zulhilmi, sila jangan sedih. Insya Allah ada rezeki di tempat lain.

Advertisement

P.S: Umur 28 tapi muka macam nenek

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...