Umum sedia maklum tentang Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula dari 18 Mac sehingga 31 Mac 2020 dimana orang ramai diminta untuk kuarantin di rumah bagi menangani penularan COVID-19.
Namun, buat pelakon Nabila Huda dia sehingga kini masih lagi menjalani penggambaran bersama sebuah produksi di Kelantan.
Melihat situasi yang berlaku, Amy Search menerusi akaun Instagram berang apabila anaknya itu terpaksa mempertaruhkan nyawa terus bekerja ketika virus sedang mengganas.
Dia menyifatkan pihak produksi tidak bertanggungjawab dan hanya memikirkan keuntungan sahaja. Penyanyi rock itu juga turut meminta pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap perkara itu.
Amy turut memuat naik kenyataan media pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menasihatkan semua pemegang lesen di bawah Akta Finas (Akta 244) agar menghentikan semua aktiviti perfileman selaras dengan arahan kerajaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.
Di ruangan komen, Abil membalas keluhan bapanya dan memberitahu dia sudah mendapatkan kebenaran dari pihak produksi untuk pulang.
Terdahulu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia merayu kepada semua rakyat Malaysia agar mengambil serius Perintah Kawalan Pergerakan yang telah diarahkan oleh kerajaan. Ketua Pengarah Kesihatan. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menggesa agar masyarakat membantu KKM dengan memainkan peranan masing-masing ke arah memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19.

Bouche
April 7, 2020 at 12:16 am
kau ni biadap betul bahasa kau
.makanan ko ke semua tu binatang2 haram tu? ke mak ko dl main dgn binatang2 tu n dpt ko..biadap sgt..maaf la kalu aku biadap balik ye…
Anonymous
March 19, 2020 at 9:01 pm
Bagi jer anak tu duit byk2 kau kan jutawan.
Jgn suruh dia berlakun lagi.
Suruh dirumah je buat anak peluk anjing, berung, harimau malaya ke, babi hutan dan kera pun banyak. Suruh dia pelihara kau bagi duit belanja jaga.
Junaidi Syarif
March 19, 2020 at 7:11 pm
UNSUITABLE
minah jambu say NO to drug
March 19, 2020 at 6:27 pm
baik papa amy sayang ngan nabila…
Anonymous
March 19, 2020 at 4:07 pm
Pak polisi, bukak insta dan tengok habis2. Ramai yg nak kena sumbat dlm penjara